Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Malaysia - Italy Perkukuh Kerjasama

PUTRAJAYA, 22 Sept - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Imam Yahya Pallavicini, Timbalan Presiden Kesatuan Komuniti Islam Italy (COREIS) bersama delegasi beliau di Kompleks Islam Putrajaya.

Kunjung hormat ini merupakan jaringan awal yang dibina di antara JAKIM selaku agensi peneraju hal ehwal Islam di Malaysia dengan COREIS dan EULEMA, iaitu Majlis Pemimpin Agama Islam di Eropah. Perbincangan tertumpu kepada pengukuhan hubungan dua hala di antara komuniti Muslim di Malaysia dan di Benua itu, selain meneroka bidang kerjasama baharu yang boleh dilaksanakan.

Delegasi dari Italy itu disambut baik oleh Tuan Bukhari bin Md Akhir, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM bersama wakil-wakil daripada beberapa Bahagian di JAKIM.

#JAKIMUntukUmmah

malaysia italy perkukuh kerjasama 01

malaysia italy perkukuh kerjasama 02

malaysia italy perkukuh kerjasama 03

malaysia italy perkukuh kerjasama 04
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370