Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Melangkah Ke Alam Dewasa

Kemeriahan cuti sekolah pada saban tahun tidak sunyi daripada aktiviti berkhatan beramai-ramai. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) juga tidak ketinggalan  menganjurkan Program Khatan Perdana pada 6 Disember 2015 yang lalu. Seawal jam 7.00 pagi perkarangan Dewan Sheikh Daud al-Fathoni telah dipenuhi oleh para ibubapa untuk mendaftar anak-anak berkhatan. Seramai 100 orang kanak-kanak yang berumur  5 hingga11 tahun telah menyertai program berkhatan pada kali ini.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Timbalan Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Haji Ehsan bin Mohd Hosni. Para ibubapa diberi taklimat oleh pegawai perubatan berkaitan proses berkhatan yang menggunakan kaedah laser. Sokongan para ibubapa serta ahli keluarga lain amat penting bagi melancarkan lagi sesi tersebut. Bagi memeriahkan acara para peserta dibawa mandi beramai-ramai yang dibantu oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya. Keseronokan dan kegembiraan bersama rakan-rakan lain sedikit sebanyak dapat mengurangkan kegusaran dan fobia serta perasaan takut anak-anak. Malah, mereka juga dihiburkan dengan tayangan video animasi Upin Ipin bagi meredakan ketegangan fikiran anak-anak sambil ditemani oleh ibubapa. Seramai 9 orang doktor pakar dan 70 orang pembantu perubatan dari Kolej Perubatan Cyberjaya turut membantu  sesi berkhatan yang diadakan di dalam Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, MTMZA.
 
Semoga program yang dilaksanakan akan dapat menjalinkan hubungan erat antara masyarakat dengan warga kerja masjid, seterusnya dapat mengimarahkan masjid. Harapan, melalui program ini akan dapat melahirkan generasi yang sihat dan soleh serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan. Insyaallah.
 
Melangkah ke alam dewasa 1
 
Melangkah ke alam dewasa 2
 
Melangkah ke alam dewasa 3
 
Melangkah ke alam dewasa 4
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354