Berita
Membina jambatan perhubungan Malaysia dan Uganda dalam pensijilan halal
PUTRAJAYA, 04 Disember - Deligasi yang diketuai oleh HE Dorothy.S.Hyuha, Duta Uganda ke Malaysia dan HE Sh.Shaban.R.Mubaje Grand Mufti of Uganda dan rombongan telah mengadakan kunjungan ke Majlis Halal Malaysia (MHM) JAKIM.
Perbincangan dua hala menjurus kepada memulakan usaha membina jambatan perhubungan Malaysia dan Uganda dalam aktiviti pensijilan halal. Malaysia yang telah memiliki kepakaran dan kecemerlangan dalam bidang halal ini telah menarik pihak Uganda untuk bekerjasama.
Pelbagai agenda telah dibincangkan semasa pertemuan terutama sekali khidmat sokongan kepakaran pembangunan integriti dan industri halal yang boleh memanfaatkan kedua-dua buah negara kelak.
Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee selaku Pengarah MHM telah menyantuni kunjungan deligasi Uganda dan disertai pegawai kanan MHM En. Mohd Asri Abdullah dan En. Muhammad Naim Mohd Aziz.
Kunjungan telah berakhir dengan satu hasrat secara bersama untuk membuka lembaran baharu kerjasama Malaysia dan Uganda dalam bidang pensijilan halal.
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
www.halal.gov.my
www.islam.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia




Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 31
- Yesterday 26
- This Week 31
- This Month 331
- This Year 369