Berita
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Karnival Rahmah 2019 Kali Ke 3/2019
KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA (17 SEPTEMBER 2019) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Karnival Rahmah 2019 Kali ke 3 / 2019 di Dewan Syura, Kompleks Islam Putrajaya.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 12 Agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri, wakil-wakil dari beberapa buah Kementerian, Perbadanan Putrajaya dan pihak media. Mesyuarat Jawatankuasa Induk kali ke 3 ini telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama). Mesyuarat pada kali ini telah diadakan bertujuan untuk mendapatkan laporan bagi status terkini pelaksanaan Karnival Rahmah 2019 yang akan dilaksanakan pada 26 - 29 September 2019.
Karnival yang akan dilaksanakan ini berlandaskan ‘edutainment’ yang menggabungkan elemen pendidikan dan hiburan untuk semua berasaskan teras RAHMAH iaitu Rahmah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami dan Hormat.



Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370