Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Dan Pelaksanaan Pelan Tindakan Keluarga Sakinah Negara 2018
Putrajaya, 5 Jun 2018 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan Keluarga Sakinah kali ke-2 bagi tahun 2018. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim; Ketua Pengarah JAKIM dengan dihadiri oleh seramai 43 orang ahli yang terdiri di kalangan Agensi Kerajaan, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Bahagian-bahagian di Jakim.
Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Dan Pelaksanaan Pelan Tindakan Keluarga Sakinah Negara pernah diadakan kali-1 pada tahun 2017 di Kompleks Islam Putrajaya bertarikh 8 Mei 2017.
Antara objektif Mesyuarat ini diadakan adalah :
Menggerak Jawatankuasa yang bertindak sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk menyelaras, mengatur strategi, merancang serta mencari penyelesaian dalam menangani isu tersebut di peringkat nasional;
Membincangkan secara jelas mengenai dasar kekeluargaan Islam yang menjadi tonggak kepada semua aktiviti kekeluargaan yang dilaksanakan di seluruh Malaysia oleh semua agensi berkaitan;
Menyelaras dan memantau setiap program kekeluargaan yang dilaksanakan oleh semua pihak sama ada agensi kerajaan mahupun swasta/NGO di seluruh negara agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, kemas, berstrategi.
Menyelaras maklumat dan isu-isu mengenai institusi kekeluargaan melalui jaringan maklumat inter-agensi;
Merancang, merangka strategi dan melaksanakan tindakan-tindakan berasaskan PTKSN 2017-2021.
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.