Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM Kali Ke-99

Pada 12 dan 13 September yang lalu, Mesyuarat Panel Pakar Syariah (PPS) Jakim Kali Ke-99 telah diadakan di Kompleks Islam Putrajaya. Ia dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Haji Hassan bin Ahmad, mantan Mufti Negeri Pulau Pinang dan turut dihadiri oleh 13 orang ahli yang lain. Mesyuarat pada kali ini membincangkan pelbagai isu termasuklah tiga garis panduan yang dihasilkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia dan Koma Seapac Services Sdn. Bhd. dengan kerjasama JAKIM.

Selain itu, mesyuarat kali ini turut melibatkan pembentangan daripada beberapa kumpulan penyelidik seperti Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Syarikat Zuellig Pharma Malaysia Sdn. Bhd. dan Syarikat Aneeq Aqeel Enterprise. Berdasarkan pembentangan ini, didapati pelbagai hasil inovatif dan kreatif dikemukakan kepada pihak PPS untuk mendapatkan pandangan daripada sudut syarak.

Dengan komitmen jitu yang diberikan oleh ahli PPS serta usaha yang bersungguh-sungguh yang ditunjukkan oleh para pembentang, mesyuarat kali ini dapat berjalan lancar dan sempurna.
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM Kali Ke 99 1
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM Kali Ke 99 2
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM Kali Ke 99 3
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM Kali Ke 99 4
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM Kali Ke 99 5
 
Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM Kali Ke 99 6
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370