Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026
Berita
Mesyuarat Penyelarasan Dan Undian Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia (Kessuma) Peringkat Kebangsaan Kali Ke 23 Tahun 2024 Bahagian Pendidikan Jakim Bersama Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu
Rabu 3 Julai 2024 10.00 pagi
Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan dan undian Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia ( KESSUMA ) bertempat di bilik mesyuarat utama,Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu dan turut dihadiri oleh Jawatankuasa Teknikal JAKIM serta Pegawai pegawai Jabatan Agama Islam Negeri-negeri.
Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan merupakan program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama/Yayasan Islam negeri-negeri yang diadakan setiap tahun di seluruh Malaysia mengikut giliran yang ditentukan melalui Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Sekolah-sekolah Agama dan diputuskan dalam persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia.
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.