Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Misi Bantuan Tabung Musa'adah Covid-19 Bantu Org Asli Tapah

Team Bantuan Tabung Musaadah Covid-19 JAKIM meneruskan misi ke beberapa buah Kampung Orang Asli di sekitar Tapah, iaitu Batu 9, Batu 9½ dan Batu 10 Jalan Pahang Tapah.
 
Bertepatan dengan amanah yg diberikan oleh para penyumbang, team ini terus melaksanakan tanggungjawab tanpa mengenal erti penat. Melalui Penggerak Masyarakat Orang asli (PMOA) , sumbangan orang ramai telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Saibani bin Masrun dan Mohd Izzuan bin Ismail (Penggerak Masyarakat Orang Asli Tapah Perak) kepada 111 ketua isi rumah bagi setiap kampung.
 
Bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian dan wang tunai telah disampaikan kepada keluarga Orang Asli yang beragama Islam dan bukan Islam yang dipilih. Penyelrasan antara sumbangan negeri, Jakoa dan agensi lain turut diambil kira dalam pengagihan sumbangan ini.
 
Bantuan ini adalah sebahagian dari Tabung Musaadah Covid-19 JAKIM yang telah dilancarkan oleh YB Senator Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di JPM. Sumbangan anda, kami agihkan..
 
Sekiranya berhasrat untuk manyumbang, boleh salurkan ke Akaun Tabung Bencana Alam, Bank Islam Malaysia Berhad, No Akaun: 16027010001528.
 
Misi Bantuan Tabung Musaadah Bantu Org Asli Tapah 1
 
Misi Bantuan Tabung Musaadah Bantu Org Asli Tapah 2
 
Misi Bantuan Tabung Musaadah Bantu Org Asli Tapah 3
 
 
#musaadahcovid19
#covid19
#stayhome
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354