Berita
Misi Palu Fasa Kedua: Perasmian Perkampungan Ummah Dan Pecah Tanah Masjid Di Palu, Sulawesi Tengah
KOTA PALU, INDONESIA (4-7 SEPTEMBER 2019) - JAKIM bersama agensi-agensi agama di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah melebarkan sayap ‘Rahmatan lil alamin’ ke negara jiran dengan membantu mangsa korban gempa, tsunami dan likuifikasi di Kota Palu, Sulawesi Tengah Indonesia. Rakyat Malaysia telah menyerahkan 55 unit hunian sementara (HUNTARA) kepada mangsa pada hari Jumaat 6 September 2019 di Kelurahan Duyu, Kecamatan Tengah. Tempat tersebut dinamakan sebagai “Perkampungan Ummah Malaysia”. Majlis Penyerahan kunci unit HUNTARA tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM mewakili YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Menteri yang dihadiri Sekretaris Daerah Kota Palu Imaran Lataha, Bapak Rusman Langke Kepala Kementerian Agma Sulawesi Tengah, Pak Camat, Pak Lurah, penghuni HUNTARA, dan masyarakat setempat.
Dalam Misi Bantuan Fasa Kedua ini juga JAKIM dan agensi-agensi agama di bawah YB Menteri berjaya mengadakan majlis pecah tanah atau peletakan batu pertama untuk empat buah masjid yang rosak teruk kesan dari gempa pada 28 September 2018 dengan kekuatan 7.5 magnitud. Masjid tersebut ialah Masjid Al-Muhajirin di Teluk Palu Permai, Masjid An-Nur di Padankajaya, Masjid Babul Khairat di Balaroa dan Masjid Ar-Rahman Balaroa yang anggaran pembinaan keseluruhan berjumlah RM 1 juta.
Sumbangan masih lagi diperlukan dengan menyalurkan kepada Tabung Bencana Alam di nombor akaun 1602 7010 0015 28 (Bank Islam).





Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 26
- Yesterday 26
- This Week 26
- This Month 326
- This Year 364