Berita
Muzakarah Fiqh Mu’asarah : Fardu Ain Vs Fardu Kifayah
Bangi , 13 Ogos 2020 – Kluster Kepakaran Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, telah mengadakan Muzakarah Fiqh Mu’asarah: Fardu Ain Vs Fardu Kifayah pada 13 Ogos 2020 bertempat di Bilik Ibn Khaldun, ILIM Kampus Utama Bangi kepada pegawai Hal ehwal Islam di Agensi agama seluruh Malaysia dan Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Objektif program ini adalah untuk memperkasakan penguasaan ilmu fiqh khususnya berkaitan fardu ain dan fardu kifayah di kalangan pegawai hal ehwal Islam. Kursus ini dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu YBhg. Dato’ Seri Hassan Bin Ahmad, Mantan Mufti Negeri Pulau Pinang. Program ini berlangsung selama 3 jam yang turut diadakan secara atas talian dan mengupas kitab, sesi perbincangan dan soal jawab. Seramai 58 peserta telah mengikuti program ini. Semoga program ini berjaya memberi manfaat dan pendedahan kepada para peserta dalam memahami isu-isu yang berkaitan dengan fiqh.
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 16
- Yesterday 26
- This Week 16
- This Month 316
- This Year 354