Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

OUM Tawar Warga DQ Sambung Pengajian

5 Disember 2023 - Tiga orang delegasi dari Open University Malaysia (OUM) diketuai Pengarah Pusat Pembelajaran Tanjong Malim, Encik Edzri bin Zainuddin telah mengadakan kunjung hormat ke Darul Quran. Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai program yang ditawarkan oleh OUM di samping mewujudkan hubungan baik antara pihak OUM dengan Darul Quran dalam bidang pendidikan. 

Sesi pertemuan ini diisi dengan taklimat yang disampaikan oleh Encik Edzri bin Zainuddin. Selain itu, Darul Quran turut ditawarkan diskaun bagi pembayaran yuran pengajian. Pihak Darul Quran juga mengambil kesempatan dalam pertemuan ini menawarkan kepada OUM untuk menyertai Program Selangkah Ke Menara Gading yang akan diadakan pada awal tahun hadapan.

Melalui tawaran-tawaran penyambungan pengajian seumpama ini diharapkan agar warga Darul Quran dapat meningkatkan kompetensi diri serta peningkatan tahap pendidikan ke arah yang lebih tinggi.

OUM 1

OUM 2

OUM 3

OUM 4

OUM 5

OUM 6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370