Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Pelancaran Tahfiz - TVET Kerjasama JPK dan JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia maju selangkah lagi di dalam menjalin hubungan kerjasama ke arah memartabat dan memperkasa golongan tahfiz di negara ini agar seiring dengan pendidikan arus perdana dalam melahirkan golongan huffaz yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.

Kerjasama ini telah mula terjalin sejak 2015 dengan pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional di Darul Quran, JAKIM.

Majlis Pelancaran Tahfiz-TVET yang dilaksanakan pada 16 Mac 2022 di CIAST Shah Alam merupakan titik permulaan untuk memperkembangkan lagi usaha murni ini secara tersusun dan kolaboratif ke semua pusat tahfiz di seluruh negara.

Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB. Datuk Haji Awang bin Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia dan dihadiri oleh kira-kira 150 orang termasuk 86 orang wakil pusat tahfiz dari sekitar Lembah Klang mewakili zon Tengah. Program advokasi ini akan dilaksanakan di 6 zon lain dalam masa terdekat.

Jalinan kerjasama ini selaras dengan Dasar Pendirikan Tahfiz Negara (DPTN) iaitu membuka peluang yang luas kepada lepasan bidang tahfiz, penawaran kursus-kursus kemahiran kepada murid tahfiz dan meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran lepasan tahfiz.

Adalah diharapkan kerjasama ini dapat menyediakan platform kepada huffaz untuk mendapat sijil yang diiktiraf dan menyediakan tenaga kerja yang kompeten serta mempunyai kemahiran berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Pelancaran Tahfiz TVET Kerjasama JPK dan JAKIM 1

Pelancaran Tahfiz TVET Kerjasama JPK dan JAKIM 2

Pelancaran Tahfiz TVET Kerjasama JPK dan JAKIM 3

Pelancaran Tahfiz TVET Kerjasama JPK dan JAKIM 4

Pelancaran Tahfiz TVET Kerjasama JPK dan JAKIM 5
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370