Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Pendaftaran Pelajar Baharu Program Ijazah USIM-DQ Versi Norma Baharu

11 Oktober 2021 – Seramai 40 orang pelajar baharu Semester Satu dari Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah secara kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mendaftar pengajian hari ini. Daripada 40 orang pelajar tersebut, 19 orang daripadanya terdiri daripada pelajar banin dan 21 daripadanya merupakan pelajar banat.

Para pelajar baharu ini turut diraikan dalam majlis sambutan yang diadakan serba ringkas dengan ucapan daripada Pendaftar Darul Quran, Encik Azizuddin Mohd Hashim serta kalam taujihat daripada Dr. Muhammad Hapizi Sulaiman, Ketua Seksyen Penyelarasan Pengajian Ijazah.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan bacaan tasbih kaffarah serta surah al-‘Asr. Kuliah pertama para pelajar bermula pada hari ini juga sejurus selepas majlis sambutan berakhir.

Pendaftaran Pelajar Baharu Program Ijazah USIM DQ Versi Norma Baharu 1

Sumber berita dari Laman Web Darul Quran : http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=478

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 36
  • Yesterday 26
  • This Week 36
  • This Month 336
  • This Year 374