Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Penganjuran Kursus MPPHM (Domestik) 2020 Perkukuh Kefahaman Halal

PUTRAJAYA – Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dengan kerjasama Bahagian Kawal Selia Halal, JAKIM telah menganjurkan Kursus Pemahaman Manual Prosedur Pensijilan Halal (Domestik) 2020 (MPPHD 2020) bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Kursus yang melibatkan sejumlah 137 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai daripada JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri dan juga ahli panel pengesahan halal Malaysia JAKIM daripada agensi luar seperti Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah berlangsung selama 2 hari bermula 14 hingga 15 September 2020 dengan jayanya.

Objektif utama kursus ini dianjurkan adalah untuk memberikan penerangan dan pemahaman kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam operasi pensijilan halal berkaitan kandungan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 yang baharu serta bakal dilancarkan penggunaannya bermula tahun hadapan.

Dengan adanya kursus seumpama ini, operasi pensijilan halal dapat dilaksanakan dengan baik dan dapat diselaraskan di antara JAKIM dan JAIN di samping menjadi medium yang ideal dalam berkongsi kaedah pelaksanaan pensijilan halal di Malaysia dengan lebih berkesan.

#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid
http://bit.ly/FBHABHALAL

Kursus MPPHM 2020 1Kursus MPPHM 2020 2Kursus MPPHM 2020 3Kursus MPPHM 2020 4Kursus MPPHM 2020 5

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370