Berita
Majlis Penyampaian Anugerah Peminjam Buku Aktif Jakim Tahun 2019
Buya Hamka pernah berpesan: “ Membaca buku-buku yang baik bererti memberi makanan rohani yang baik.”
Ray Bradbury pula menyebut:“ Tidak perlu menghancurkan buku untuk meruntuhkan peradaban,sebaliknya hanya perlu untuk memastikan orang berhenti membaca, runtuhlah segala-galanya.”
Ciri-ciri penjawat awam yang berilmu pengetahuan tinggi, berfikiran kritis dan bersahsiah mulia, hanya lahir melalui pembacaan.
Justeru itu, Program Anugerah Peminjam Buku Aktif Perpustakaan Islam JAKIM bagi tahun 2019 telah dilaksanakan oleh Bahagian Penerbitan sebagai satu inisiatif dalam usaha untuk menyemai budaya membaca dengan bermulanya gerakan #MalaysiaMembaca di kalangan warga JAKIM.
Anugerah Peminjam Buku Aktif Jakim ini merupakan anugerah yang diberikan kepada warga JAKIM yang aktif dan telah meminjam buku terbanyak pada setiap bulan bermula Januari hingga Jun 2019.
Hadiah dan sijil penghargaan telah disampaikan oleh YBhg.Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah Jakim sempena Majlis Perhimpunan Jakim bagi bulan Julai 2019 di auditorium Kompleks Islam Putrajaya pada 26.7.2019.
Senarai penerima anugerah Peminjam buku Aktif Perpustakaan Islam JAKIM 2019 bagi setiap bulan adalah seperti berikut:
1.JANUARI:
PUAN CHE ZAKIAH BINTI CHE RASIT, PEN.PEG.HAL EHWAL ISLAM,BDKI
2.FEBRUARI:
PUAN NOORAFTIDA BINTI PARDI, POLIS BANTUAN, BKP
3.MAC:
PUAN NUR NADHIRAH BINTI HASIMAN, PEN.PEG.HAL EHWAL ISLAM,BHGN DAKWAH
4.APRIL:
PUAN SITI RAFIDAH BINTI MOHD FAUDZI, PEN.PENGARAH,PENYELIDIKAN
5. MEI:
PUAN NOR ASMAHAN BINTI ABDUL KADIR, PEN.PENGARAH KANAN, PENYELIDIKAN
6. JUN:
ENCIK AZHAR BIN ZAINUDDIN, PEM.HAL EHWAL ISLAM, PENYELIDIKAN






Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370