Berita
Penilaian (Pre-Assessment Audit) MyHAC Ke Arah MS ISO/IEC 17025:2017
BANDAR ENSTEK – Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) melangkah setapak lagi ke hadapan bagi mencapai pengiktirafan akreditasi MS ISO/IEC 17025 : 2017 setelah Penilaian ( Pre-Assessment Audit) oleh Jabatan Standard Malaysia telah dilaksanakan dengan jayanya pada 23-24 September 2020.
Tujuan utama penilaian ini adalah untuk memastikan pematuhan MyHAC terhadap standard MS ISO/IEC 17025:2017 dan keperluan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM). Pasukan penilai dari Jabatan Standard Malaysia terdiri daripada Encik Mohd Hamzaini Hashim selaku Ketua Penilai bersama Puan Noor Azinah Maamin dan Encik Nik Mohd Syazwan Nik Mohd Zamri telah membuat penilaian di peringkat pengurusan MyHAC dan bidang pengujian kimia bagi kaedah analisis alkohol yang akan diakreditasi.
Memetik ucapan Ketua Penilai Jabatan Standard Malaysia ketika Mesyuarat Penutup penilaian tersebut, MyHAC secara keseluruhannya telah pun mengimplementasi sistem pengurusan kualiti yang memenuhi standard ISO/IEC 17025. Ketua Makmal MyHAC, Ustazah Zuraini Yahaya juga mengucapkan tahniah kepada warga MyHAC dan berharap agar semua terus komited dan mengekalkan momentum sehingga usaha MyHAC mendapat akreditasi ISO/IEC 17025 menjadi kenyataan.
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19



Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 44
- Yesterday 26
- This Week 44
- This Month 344
- This Year 382