Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026
Berita
Perjumpaan Penyelia KAFA Negeri Terengganu Bersama Pengarah Pendidikan JAKIM
Pada 12 Februari 2023, jam 11.00 pagi, bertempat di Kompleks Desa Taqwa Telemong, Kuala Terengganu telah berlangsung Perjumpaan Penyelia KAFA Negeri Terengganu Bersama Pengarah Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Perjumpaan ini telah dihadiri 30 orang Penyelia KAFA dan Kakitangan Bahagian Pendidikan Yayasan islam Terengganu (YIT). Objektif utama program ini diadakan adalah untuk Memberi pendedahan kepada Penyelia KAFA Negeri Terengganu berkaitan isu semasa perkembangan KAFA dan menyelesaikan isu-isu berkenaan KAFA tahun 2023.
Diharapkan taklimat yang diadakan ini dapat memastikan perancangan program KAFA akan dijadikan sistem pendidikan yang berstruktur di Negeri Terengganu.
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.