Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Persidangan Meja Bulat (Round Table Discussion - RTD) Indeks Tadbir Urus Maqasid Syariah Malaysia

Isnin, 10 November 2025 – Cawangan Maqasid Syariah, Bahagian Dasar Kemajuan Islam telah mengadakan sesi Persidangan Meja Bulat (Round Table Discussion - RTD) Indeks Tadbir Urus Maqasid Syariah Malaysia bertempat di Pulse Grande Putrajaya bertujuan untuk memberikan validasi akhir bagi draf Kerangka Indeks Tadbir Urus Maqasid Syariah Malaysia ini.

Persidangan ini telah menghimpunkan wakil-wakil daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Islam Malaysia. Manakala, mewakili agensi kerajaan adalah Kementerian Ekonomi, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Jabatan Landskap Negara, Kementerian Komunikasi dan Digital serta Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air.

Usaha pembangunan Indeks Tadbir Urus Maqasid Syariah Malaysia ini merupakan kesinambungan dan penambahbaikan daripada Indeks Syariah Malaysia (ISM) yang pernah diterbitkan pada tahun 2015 dan 2017. Walaupun ISM telah meletakkan asas pengukuran Maqasid Syariah di Malaysia, kajian terdahulu mengakui perlunya penambahbaikan agar indeks ini kekal relevan dan berimpak tinggi.

Peralihan strategik adalah dengan memberi tumpuan kepada aspek tadbir urus (governance) sebagai payung utama yang merentasi semua bidang. Pendekatan baharu ini menekankan bahawa pencapaian Maqasid Syariah sangat bergantung pada integriti, ketelusan, dan kecekapan proses tadbir urus itu sendiri, selari dengan aspirasi Malaysia Madani.


Persidangan Meja Bulat 01

Persidangan Meja Bulat 02
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370