Berita
Persidangan Panel Pengesahan Halal 2018
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Majlis Halal Malaysia dan Bahagian Pengurusan Pensijilan Halal yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee dan Ustaz Bukhari Mad Akhir telah menghadiri Persidangan Panel Pengesahan Halal Malaysia 2018 anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 21 – 23 November lalu di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor.
Persidangan ini telah berjaya menjadi medan penyelarasan dan perkongsian maklumat pengurusan dan operasi pensijilan halal Malaysia di antara JAKIM dan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pensijilan Halal Malaysia Bil. 4/2018 dan kertas – kertas pembentangan sepanjang 3 hari persidangan ini.
Turut diadakan semasa persidangan ini adalah majlis makan malam dan penyampaian surat pengiktirafan Syarikat White List JAIS kepada 60 syarikat terpilih yang telah menunjukkan komitmen dan prestasi pensijilan halal yang amat baik. Majlis penyampaian surat pengiktirafan tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
www.halal.gov.my
www.islam.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar





Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 16
- Yesterday 26
- This Week 16
- This Month 316
- This Year 354