Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Pertemuan YBhg. KSN Dan Agensi-Agensi Di Bawah Jakim

10 Mei 2019 (5 Ramadan 1440H) – JAKIM dengan jayanya telah mengatur pertemuan YBhg. Datuk Seri Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk bersua dengan agensi-agensi di bawah JAKIM yang terdiri dari JAWHAR, YADIM, YaPEIM, YWM, TV Alhijrah dan IKIM.

Ini adalah pertemuan buat pertama kali bersama YBhg. KSN semenjak JAKIM diberi mandat oleh Jemaah Menteri pada 19 Oktober 2018 untuk menyelaras agensi-agensi tersebut.

Pertemuan yang diadakan berlangsung selama hampir satu (1) jam yang turut dihadiri oleh YBhg. TKSUK telah membincangkan perkara-perkara penting serta cadangan-cadangan yang membina bagi tujuan kemaslahatan hal ehwal Islam khususnya untuk agensi-agensi agama.

YBhg. KSN melahirkan rasa gembira kerana dapat mengadakan pertemuan sebegini yang boleh dijadikan sebagai platform perkongsian maklumat dan bertukar-tukar pandangan.
 
Laporan Pertemuan KSN 5
 
Laporan Pertemuan KSN 1
 
Laporan Pertemuan KSN 2
 
Laporan Pertemuan KSN 3
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354