Berita
Program Kembara Dakwah Eratkan Hubungan JAKIM dan PAID Chenor, Pahang
PUTRAJAYA - Program kesedaran halal Malaysia diteruskan melalui Kembara Dakwah Kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dan pegawai-pegawai masjid kariah Chenor, Pahang ke Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM pada 29 April 2019 yang diketuai oleh al-Fadhil Qadhi Daerah Chenor, Pahang, Tuan Mohd Azizi bin Abdul Aziz.
Program yang berlangsung hampir 2 jam di Kompleks Islam Putrajaya ini memberi fokus kepada pendedahan dan kefahaman berkaitan pensijilan halal Malaysia serta isu-isu halal semasa yang disampaikan oleh Ustazah Noriyanti binti Misnun, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Audit dan Ustaz Luqman Nul Hakim bin Samad dari Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM
Melalui program sebegini, peserta didedahkan dengan prosedur dan standard berkaitan pensijilan halal Malaysia serta usaha-usaha JAKIM dalam menangani isu-isu halal yang tular di media sosial seterusnya meningkatkan lagi hubungan antara JAKIM dan pegawai-pegawai PAID serta masjid kariah Chenor, Pahang.
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#Rahmah







Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 25
- Yesterday 26
- This Week 25
- This Month 325
- This Year 363