Berita
Program Kesedaran Halal Sains
Putrajaya, 3 Oktober 2018(Rabu)- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dengan kerjasama Global Haltech Sdn Bhd dan FCBios Sdn Bhd telah menganjurkan Program Kesedaran Halal Sains, bertempat di Bilik Seminar, Aras 5, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya.
Program yang dihadiri oleh pelbagai latar belakang industri terdiri daripada persatuan kosmetik, makmal komersial, farmaseutikal, syarikat pengeluar makanan dan minuman, pelajar serta orang awam bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan kepentingan Halal Sains di sepanjang rantaian industri halal.
Antara objektif lain program ini dapat memupuk kesedaran penggunaan media halal yang digunakan dalam makmal bagi memenuhi keperluan industri Halal yang semakin mencabar dan seterusnya bagi memastikan integriti pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dalam industri terus terpelihara.
Wakil dari Bahagian Hab Halal, JAKIM iaitu Ustaz Mohd Amri bin Abdullah turut dijemput untuk berkongsi informasi berkenaan penggunaan bahan-bahan halal dalam industri (Usage of Halal Ingredients in Industry).
*Ikuti suasana sekitar program di:-
http://bit.ly/KesedaranHalalSains
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar



Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 16
- Yesterday 26
- This Week 16
- This Month 316
- This Year 354