Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Program Mahabbah Dan Ramah Mesra Di Perkampungan Cina Pulau Ketam Klang Selangor

PULAU KETAM, KLANG (25 OGOS 2020) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama MACMA telah mengorak langkah meneruskan program Ziarah Mahabbah masyarakat Cina bukan Islam dan Cina Islam di Pulau Ketam, Klang. 

Program kali ini selain daripada menyampaikan sumbangan yg merupakan barangan mentah keperluan harian kepada seramai 15 buah keluarga. Aktiviti ziarah rumah Saudara Muslim juga dilakukan. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kawasan En Chua Chua Tie. Beliau merakamkan ribuan terima kasih kepada agensi kerajaan   khasnya JAKIM dan NGO Islam atas keperihatian dan bantuan yang dihulurkan kpd penduduk Pulau Ketam.

Program ini dirasmikan oleh Yg Berbahagia Tuan Haji Aziz bin Haji Mohamad selaku Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. Tuan Haji Aziz bin Haji Mohamad memaklumkan bahawa pihak kerajaan persekutuan sentiasa mengambil berat tentang kehidupan semua lapisan masyarakat termasuk masyarakat bukan Islam dalam negara.

Tujuan program ini adalah merapatkan hubungan antara masyarakat Islam dengan bukan Islam agar masyarakat bukan Islam tidak berasa ketinggalan. Semoga dengan bantuan ini dapatlah meringankan beban keluarga masyarakat Cina di Pulau Ketam Klang. Tuan Pengarah juga merakamkan jutaan terima kasih kepada JAIS, MACMA yang sama2 membantu menjayakan program ini.

Semoga ukhwah terjalin erat, dan segala usaha diberkati dan dirahmati.

 

2

 

 

4

 

 

3

                                                           

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357