Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Program"Meet and Greet" JAKIM bersama Guru Besar/ Pentadbir Premis KAFA

Alor Setar, Kedah – 4 September 2024. JAKIM melalui Bahagian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) telah menganjurkan satu program “Meet & Greet” untuk memperkukuh hubungan dengan Guru Besar di premis KAFA Negeri Kedah. Perjumpaan ini telah dilangsungkan di Hotel Grand Alora.

Program ini   bertujuan untuk memperkasa pelaksanaan program KAFA secara holistik di seluruh negara khususnya pengoperasian di dalam premis KAFA. Secara tidak langsung majlis tersebut memberi peluang kepada kepimpinan tertinggi JAKIM bertemu dan menyampaikan maklumat terkini kepada para pegawai agensi pelaksana negeri, penyelia, pentadbir premis dan guru KAFA seluruh negeri. Di samping itu program ini berjaya mengeratkan lagi hubungan kerjasama strategik antara JAKIM dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri serta agensi pelaksana KAFA ke arah kesejahteraan ummah demi memantapkan dasar dan tadbir urus program KAFA.

Program ini merupakan satu lagi inisiatif JAKIM untuk mengekalkan dan menambahbaik pencapaian program KAFA di peringkat negeri. Seramai 400 orang dalam kalangan Guru Besar, Pegawai Agama Daerah, guru penyelaras dan guru KAFA telah bersama dalam menjayakan program ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, YBrs. Dr. Haji Ruslan Bin Said. Turut hadir bersama YBhg. Dato' Sheikh Ismi Anuar bin Abdul Halim, Timbalan Operasi JHEAIK, dan Tuan Haji Mohd Fadzil B. Abu Kasim, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM.

image

image 1

image 3

image 2 1
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354