Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Program Peningkatan Kompetensi Kaunselor, Perundingcara Serta Fasilitator KSKCARE CENTRE (KSKCC) Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Dan Psikospiritual Islam

ALOR GAJAH , 18-20 MEI 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Program Peningkatan Kompetensi Kaunselor, Perundingcara Serta Fasilitator KSKCareCentre (KSKCC) Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie dan Psikospiritual Islam.  Program ini diadakan pada 16 - 18 Mei 2023 bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka.

Program ini bertujuan untuk melahirkan Kaunselor Syarie yang kompeten dan dilengkapkan dengan tiga pendekatan utama iaitu kaunseling syarie, psikospiritual dan ilaj syarie. Ia merupakan kaedah dan intervensi kerohanian yang diberikan kepada klien.  Ia juga betujuan untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan perkhidmatan kaunselor, pegawai rundingcara dan fasiliatator KSKCC agar lebih sistematik dan teratur serta menjadikan perkhidmatan ini sebagai rujukan utama dalam masyarakat komuniti setempat.

Program ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK, JAKIM. Ucapan perasmian beliau disampaikan oleh Puan Nor Hanim binti Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian KSK, JAKIM.  KPPK dalam ucapannya berharap agar semua peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sepanjang kursus ini berlangsung. Disamping itu juga, program ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran kaunselor, pegawai rundingcara dan fasiliatator KSKCC dalam memberi perkhidmatan rundingcara dan nasihat yang lebih profesional dalam membantu menyelesaikan masalah kekeluargaan Islam menggunakan intervensi kerohanian.

Program Peningkatan Kompetensi Kaunselor Perundingcara Serta Fasilitator KSKCARE CENTRE Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Dan Psikospiritual Islam 1 min

Program Peningkatan Kompetensi Kaunselor Perundingcara Serta Fasilitator KSKCARE CENTRE Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Dan Psikospiritual Islam 2 min

Program Peningkatan Kompetensi Kaunselor Perundingcara Serta Fasilitator KSKCARE CENTRE Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Dan Psikospiritual Islam 3 min

Program Peningkatan Kompetensi Kaunselor Perundingcara Serta Fasilitator KSKCARE CENTRE Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Dan Psikospiritual Islam 4 min
Program Peningkatan Kompetensi Kaunselor Perundingcara Serta Fasilitator KSKCARE CENTRE Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Dan Psikospiritual Islam 5 min

Program Peningkatan Kompetensi Kaunselor Perundingcara Serta Fasilitator KSKCARE CENTRE Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Dan Psikospiritual Islam 6 min

Program Peningkatan Kompetensi Kaunselor Perundingcara Serta Fasilitator KSKCARE CENTRE Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Dan Psikospiritual Islam 7 min

Program Peningkatan Kompetensi Kaunselor Perundingcara Serta Fasilitator KSKCARE CENTRE Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Dan Psikospiritual Islam 8 min

Program Peningkatan Kompetensi Kaunselor Perundingcara Serta Fasilitator KSKCARE CENTRE Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie Dan Psikospiritual Islam 9 min
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 26
  • Yesterday 26
  • This Week 26
  • This Month 326
  • This Year 364