Berita
Program Rakyat Mesra Minda Bersama Masyarakat Orang Asli Sungai Kejar, RPS Banun, Gerik, Perak
GERIK, PERAK (18 - 20 SEPTEMBER 2019) - Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Perak dan Pejabat Kesihatan Hulu Perak serta Bahagian Dakwah Jakim telah mengadakan satu program yang dinamakan Program Rakyat Mesra Minda Bersama Masyarakat Orang Asli Sungai Kejar, RPS Banun, Gerik, Perak. Bahagian Dakwah , Jakim turut bersama pada misi kali ini dan Kampung Orang Asli Sungai Kejar, RPS Banun, Gerik telah dipilih oleh Jakoa sebagai lokasi untuk menyantuni masyarakatnya. Kampung ini hanya boleh diekses melalui jalan air sahaja, dan memberikan satu pengalaman yang sangat bermakna kepada semua wakil agensi yang turut sama dalam misi kali ini.
Antara tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan dan menyebar luas kepada penduduk berkaitan kepentingan membaca, pendaftaran kelahiran dan kematian serta penjagaan kesihatan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program. Setiap agensi dibahagikan tugasan masing-masing dalam menyantuni masyarakat di sini.
Antara aktiviti telah dilaksanakan bagi menyantuni masyarakat Orang Asli di kampung ini, adalah seperti berikut:
- Persembahan bercerita oleh Kumpulan Bercerita Bayan DBP, pertandingan mengeja, Permainan Dam Ular;
- Penjagaan kesihatan dan kebersihan melalui pemeriksaan kesihatan dan mengetip kuku penduduk serta memotong rambut;
- Menyemak rekod dan isu-isu yang berkaitan kelahiran dan kematian serta permohonan My Kad penduduk;
- Ziarah dan Penyampaian sumbangan kepada penduduk kampung yang terlibat.
Masyarakat kampung memberikan komitmen yang baik sepanjang program diadakan. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dr. Juli Edo, Ketua Pengarah JAKOA.
Semoga program seumpama ini bukan sahaja dapat menyantuni masyarakat Orang Asli, malah dapat menjalin kerjasama baik antara agensi bagi melaksanakan program seumpama ini.





Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 16
- Yesterday 26
- This Week 16
- This Month 316
- This Year 354