Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Program Ziarah Mahabbah Dan Jalinan Kasih Bersama Masyarakat Cina Dan India Muslim Di Pulau Pangkor, Perak

Pulau Pangkor, Perak, 10/10/2021 Ahad. Pada wabak pandemik Covid 19, pihak JAKIM sekali lagi turun padang bagi membantu dan mengambil tahu masyarakat yang memerlukan bantuan terutamanya di Pulau Pangkor, Perak. Sebuah pulau yang terletak di barat Perak Darul Ridzuan.

Pada hari ini, Bahagian Dakwah JAKIM dengan kerjasama Yayasan Taqwa dan Pejabat Agama Islam Daerah Manjung telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah dan Jalinan Kasih bersama Masyarakat Cina dan India Muslim di Pulau Pangkor.

Seramai 10 ketua rumah Cina Muslim dan India Muslim telah dijemput bagi mghadir majlis penyampaian bakul makanan di Masjid Al Badr Seribu Selawat yang terletak di Kampung Teluk Gedung Pangkor, Perak.

Bakul makanan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Ruslan bin Said Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM diiringi oleh Puan Zalina binti Long Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pemantapan Kefahaman Islam, JAKIM dan Tuan Haji Khairul Nizam bin Mat Nor Pegawai Tadbir Agama Daerah Manjung.

Semoga pemberian sumbangan kali ini dapat meringankan bebanan saudara kita khususnya di Pulau Pangkor Perak. Mudah-mudahan usaha jalinan kasih dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Program Ziarah Mahabbah Di Pulau Pangkor Perak 1

Program Ziarah Mahabbah Di Pulau Pangkor Perak 2

Program Ziarah Mahabbah Di Pulau Pangkor Perak 3

Program Ziarah Mahabbah Di Pulau Pangkor Perak 4

Program Ziarah Mahabbah Di Pulau Pangkor Perak 5
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357