Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

RnR (Remaja dan Ramadan ) di Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, Selangor

SELANGOR: 7 April 2022M/5 Ramadan 1443H:- Unit Juvana, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Selangor, Syarikat Kilang Makanan Mamee Sdn Bhd dan QSR Brands (M) Holdings Bhd telah menganjurkan Program RnR (Remaja dan Ramadan) bertempat di Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, Selangor.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Turut hadir Puan Aidah binti Md. Tan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Tuan Hj Shamsuri bin Sulaiman, Pengetua Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, Tuan Hayazi Bin Darus, Pemangku Ketua Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal QSR Brands (M) Holdings Bhd dan Encik Mohd Hirwan bin Hasan Basri, Eksekutif Halal Syarikat Kilang Makanan Mamee Sdn Bhd dan

Penganjuran RnR (Remaja dan Ramadan) ini amat bertepatan dengan objektif program sebagai salah satu usaha berterusan oleh pihak JAKIM bagi membantu dan membimbing komuniti juvana agar dapat menjauhkan diri dari terjerumus dalam aktiviti yang merosakkan masa depan mereka dengan mengutamakan pemulihan kerohanian dari aspek akidah, akhlak dan syahsiah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama 83 orang kanak-kanak dan remaja penghuni Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, Selangor antaranya Slot Interaktif oleh fasilitator JAKIM, Slot Tazkirah Ramadan bertajuk “Ramadan : Buat Best Aje Tau” oleh Ustaz Mohd Firdauz bin Mohd Shurkan, penceramah dari JAKIM dan pemberian sumbangan KFC dan produk Mamee kepada setiap peserta serta majlis berbuka puasa.

Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta sebagai panduan hidup masa hadapan.

RnR Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah 1

RnR Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah 2

RnR Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah 3

RnR Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah 4
RnR Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah 5
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 31
  • Yesterday 26
  • This Week 31
  • This Month 331
  • This Year 369