Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Sambutan Pelajar Baharu Program Diploma Sesi 2021/2024

5 Julai 2021 - Seramai 250 orang pelajar baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM Sesi 2021/2024 telah selamat mendaftar secara dalam talian pada hari ini. Turut diadakan dalam majlis pendaftaran ini ialah tiga siri taklimat dari Cawangan Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Pejabat Pendaftar. Sesi taklimat ini telah dimulakan dengan perasmian oleh Pengarah Darul Quran, Ustaz Mohamad Kori Jusoh.

Dalam ucapan perasmiannya beliau menyebutkan: "Kejayaan seseorang pelajar dalam usaha menjadi hamalatul Quran ditentukan oleh dua komponen iaitu “takwa” dan “komitmen masa.” Perlu diingat, al-Quran akan mudah masuk ke dalam hati sanubari mereka-mereka yang mempunyai jiwa yang bersih dan selalu memelihara diri daripada sebarang unsur kemaksiatan."

Bagi pengambilan pada sesi kali ini, Darul Quran telah menerima sebanyak 2,270 permohonan. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,417 orang calon yang layak dipanggil temu duga. Namun hanya seramai 250 orang pelajar iaitu 150 banin dan 100 banat sahaja yang berjaya ditawarkan tempat sebagai pelajar bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Sesi 2021/2024. Syabas dan tahniah.

Sambutan Pelajar Baharu Program Diploma Sesi 2021 2024

sumber dari http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=457
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 39
  • Yesterday 26
  • This Week 39
  • This Month 339
  • This Year 377