Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

SEMINAR CHAMBER OF SECRET: DELVE INTO QURAN BRAILLE THOROUGHLY PERKUKUH PEMAHAMAN TERHADAP AL-QURAN BRAILLE

12 Januari 2024 - Dalam usaha memperkukuhkan pemahaman terhadap al-Quran Braille, Darul Quran telah menganjurkan seminar yang bertajuk "Chamber Of Secret: Delve Into Quran Braille Thoroughly" bertempat di Auditorium Syeikh Mohd Noor. Seminar ini diadakan untuk membuka ruang perbincangan dan pemahaman yang lebih mendalam berkaitan dengan penggunaan Al-Quran Braille dalam kalangan pelajar. Dua orang penceramah yang sangat pakar berkaitan al-Quran Braille telah dijemput iaitu Dr. Mohd Nur Adzam Rasdi yang membahaskan tajuk "Mengakses Teks Al-Quran Melalui Sistem Braille" serta Cikgu Zakaria yang berkongsi berkenaan "Pelaksanaan Al-Quran Braille standard Malaysia: Antara Pengalaman dan Cabaran".

Perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim. Dalam ucapan perasmiannya beliau menyatakan harapan agar seminar ini bukan sekadar platform pembelajaran tetapi juga menjadi medium untuk mewujudkan kesedaran dan kefahaman yang lebih mendalam terhadap keperluan al-Quran Braille dalam kehidupan. Selain itu, beliau juga berharap agar seminar ini dapat mencorak generasi yang lebih peka dan prihatin terhadap keperluan masyarakat kurang upaya penglihatan.

Penganjuran seminar ini juga merupakan projek yang perlu dilaksanakan di bawah subjek pengajian semester lima iaitu Aplikasi Braille dalam Pengajian Quran dan Sunnah. Ia bagi melengkapkan Course Learning Outcomes (CLO) iaitu mengadakan projek kesedaran dalam satu pasukan berhubung isu serta cabaran golongan berkeperluan khas dalam mengamalkan Islam.

Semoga projek ini berpotensi menjadi satu perhimpunan ilmu yang tidak hanya sekadar memberi pengetahuan namun mampu membuka minda serta membangkitkan semangat pelajar untuk terus menerokai al-Quran Braille.
l 26c3cea13d1aedfb9512e4d778f718dd
l 322710b89018a931842e2d9fd02c903d
l 92b42517889c253912d7b8f67fe786f1
l a910a184d25c8b2cb44adb76b9fc97ab
l e2701f2d9344b4706e1f42fe6dc1bdab

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 26
  • Yesterday 26
  • This Week 26
  • This Month 326
  • This Year 364