Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Seminar Pemahaman Undang-Undang Syarak Dan Sivil 2024

24 April 2024, Kota Kinabalu - Bahagian Penyelerasan, Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, JAKIM dengan kerjasama Cawangan Integriti, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Badan Kebajikan Islam Kastam Malaysia (BAKISKA) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Sabah telah mengadakan Program Chit Chat Integriti Siri 2/2024: Seminar Pemahaman Undang-Undang Syarak dan Sivil Tahun 2024 bertempat di Dewan Sri Khazali, Menara Kastam Sabah.

Program ini dimulakan dengan sesi perkongsian "Jaminan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terhadap Institusi Sosial & Kekeluargaan Masyarakat Madani" oleh Tuan Mohamad Zakian bin Dio Pengarah Kanan Kehakiman, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan disusuli dengan forum Santai "Cinta ini Membunuhku" oleh ahli panel Ustazah Noordianah binti Haji Alwi, Penolong Pengarah Kanan, JAKIM Sabah dan Tuan Bukhari bin Mokhtar, Penolong Kanan Pengarah Kastam II Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Moderator Tuan Zaidi bin Hussin Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Program di akhiri dengan acara rasmi yang dirasmikan oleh  YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Turut bersama YBhg. Dato Haji Mohd Nasir bin Deraman, Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah,YBrs. Puan Aspalillah Binti Awang Tuah Pengarah Kastam W.P Labuan, YBrs. Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, JAKIM,YBrs. Tuan Jumain bin Abd Ghani, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan YBhg. Datuk Haji Norjeli bin Haji Dais, Pengarah JAKIM Sabah.

Diharapkan program sebegini dapat memberi impak positif kepada para peserta seminar sekaligus program yang dianjurkan bersama ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama diantara JKDM dan JAKIM.

GAMBAR 1

GAMBAR 2

GAMBAR 3

GAMBAR 4

GAMBAR 5

GAMBAR 6


Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370