Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Seminar Penghayatan Islam Penjawat Awam Siri 1 / 2020.

PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN (28 JULAI 2020) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah telah berjaya mengadakan Seminar Penghayatan Islam Penjawat Awam Siri 1 / 2020.

 

Majlis Perasmian Penutupan Seminar telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah mewakili Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

 

Program ini merupakan kesinambungan kepada Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1985, bagi memberi penekanan kepada penerapan nilai-nilai teras agar dihayati oleh setiap anggota perkhidmatan awam kearah mencapai kualiti perkhidmatan yang cemerlang.

 

Susulan daripada itu, bagi memastikan usaha peningkatan mutu secara berterusan dan pelaksanaan usaha penerapan nilai-nilai Islam dapat terus ditingkatkan dengan licin, teratur dan sempurna, Kerajaan telah mengeluarkan pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2001 mengenai Garis Panduan Bagi Mengadakan Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam sebagai panduan yang perlu diikuti dan diberi perhatian oleh semua jabatan dan agensi.

 

Antara objektif penganjuran Seminar ini adalah bagi :

  • Memperkasa kefahaman terhadap isu-isu semasa.
  • Meningkatkan penghayatan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awam.
  • Berusaha mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

 

Seramai 30 orang peserta yang terdiri dari wakil-wakil kementarian yang telah hadir bagi menjayakan kursus ini. 

 

 

WhatsApp Image 2020 07 28 at 09.35.49 1

 

 

WhatsApp Image 2020 07 28 at 10.22.22 copy

 

 

WhatsApp Image 2020 07 28 at 16.22.47 1

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354