Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Seminar Yakini Halal Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2018

 

IPOH, 26 Julai 2018 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Hab Halal  dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah menganjurkan Seminar Yakini Halal Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2018 yang berlangsung pada 26 Julai 2018 bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), Ipoh, Perak.

Seminar yang dihadiri oleh 734 orang peserta ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Mohd Yusop Bin Haji Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam Perakmewakili Yang Amat Berhormat (YAB) Tuan Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin  Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal, JAKIM dan YBrs. Ustaz Mohd Azam bin Hamzah. Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, JAIPk.

Seminar ini adalah salah satu inisiatif bersama JAKIM dan JAIPk mengadakan kempen kesedaran halal kepada masyarakat. Seminar ini bertujuan untuk memberikan maklumat, serta perkembangan isu semasa berkaitan dengan pensijilan halal Malaysia melalui  pelbagai  metod pengisian dengan matlamat agar pemahaman halal dapat disebar luas bagi segenap lapisan masyarakat.

Sebanyak dua tajuk yang telah dibentangkan didalam seminar ini, pertama ialah: “Memahami Konsep Halalan Toyyiban” disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Samer bin Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, JAKIM. Manakala tajuk kedua ialah: “Viral Halal: Semak Sebelum Sebar” oleh YBrs. Ustazah Marzita binti Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, JAKIM.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakankannya. Semoga usaha meningkatkan kesedaran halalan toyyiban kepada masyarakat khususnya peserta seminar ini tercapai berdasarkan objektif yang disasarkan.

SYHM PERAK UTAMA 26072018 1

SYHM PERAK 26072018 2

SYHM PERAK 26072018 3

SYHM PERAK 26072018 4

SYHM PERAK 26072018 5

SYHM PERAK 26072018 6

SYHM PERAK 26072018 7

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354