Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP)

Putrajaya – 26 Mac 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah bersama Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MWSP) telah mengadakan Sesi Libat Urus Maqasid Syariah kepada warga MSWP. Peserta yang terlibat dalam sesi ini ialah Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah, Pendaftar, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Penyelidik, Pegawai Sulh serta Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga daripada Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan

Sesi Libat Urus ini dikendalikan oleh Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, Ustazah Nor Safina bt. Zainal secara atas talian melalui aplikasi zoom. Seramai 100 orang Warga MSWP termasuk YAA Tuan Haji Mohd. Asri bin Haji Tahir, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah menyertai sesi Libat Urus Maqasid ini selama 2 jam bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi penjelasan kepada semua warga Mahkamah Syariah tentang tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah dan pelaksanaan I~MaqSD.

Diharapkan sesi libat urus ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada semua peserta dalam melaksanakan fungsi-fungsi agensi selaras dengan prinsip Maqasid Syariah.
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama MSWP 1
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama MSWP 2
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama MSWP 3
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama MSWP 4
 
Sesi Libat Urus Maqasid Syariah Bersama MSWP 5
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357