Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Sesi Libat Urus Pembangunan Garis Panduan Penaziran Institusi Tahfiz

PUTRAJAYA – Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) melalui Teras Keempat iaitu Memperkasakan Tadbir Urus Institusi Tahfiz sentiasa berusaha membantu memperkasa pengurusan pendidikan tahfiz di Malaysia. Pelan Tindakan DPTN 2.0 di bawah strategi memperkasakan aspek penaziran mensasarkan pembangunan satu garis panduan berkaitan penaziran institusi tahfiz.

Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) telah mengadakan satu Sesi Libat Urus Pembangunan Garis Panduan Penaziran Institusi Tahfiz melibatkan wakil-wakil Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, agensi-agensi persekutuan, dan persatuan tahfiz pada 20 Februari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Fattah, Aras 5, Blok A Kompleks Islam Putrajaya.

Sesi libat urus ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan pihak pemegang taruh di peringkat negeri, agensi kerajaan Persekutuan dan persatuan tahfiz berkaitan aspek yang perlu diutamakan dalam penyediaan garis panduan penaziran tersebut. Sesi ini telah dikemudi dengan jayanya oleh Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah BDKI. Ketua Penolong Pengarah Cawangan Dasar Pendidikan Tahfiz BDKI turut membentangkan objektif, carta perbatuan dan cadangan isi kandungan garis panduan ini. Wakil Bahagian Pendidikan Islam KPM turut membentangkan secara ringkas Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) sebagai rujukan untuk membangunkan garis panduan yang sesuai dengan tahfiz.

Sesi ini merupakan langkah awal yang dilakukan dan akan disusuli dengan pelaksanaan beberapa siri bengkel. JAKIM amat mengharapkan kerjasama semua pihak agar pelaksanaannya dapat dipermudahkan dan mencapai hasil yang akan memberi impak terhadap pembangunan Malaysia Madani.

Libat Urus Garis Panduan Penaziran Institusi Tahfiz 1

Libat Urus Garis Panduan Penaziran Institusi Tahfiz 3

Libat Urus Garis Panduan Penaziran Institusi Tahfiz 5

Libat Urus Garis Panduan Penaziran Institusi Tahfiz 6

Libat Urus Garis Panduan Penaziran Institusi Tahfiz 7

Libat Urus Garis Panduan Penaziran Institusi Tahfiz 8

Libat Urus Garis Panduan Penaziran Institusi Tahfiz 9

Libat Urus Garis Panduan Penaziran Institusi Tahfiz 10
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370