Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Sesi Penjelasan Maqasid Syariah Bersama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)

Putrajaya – 9 April 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah mengadakan sesi penjelasan mengenai konsep dan aplikasi Maqasid Syariah dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi khususnya berkaitan fungsi dan perancangan strategik KPWKM. KPWKM telah meletakkan Maqasid Syariah sebagai asas dalam pembangunan Pelan Strategik KPWKM 2021-2025 dan sesi penjelasan yang diadakan ini adalah bagi memantapkan lagi kefahaman pegawai-pegawai kanan KPWKM agar perancangan dan tindakan yang akan dilaksanakan selari dengan kerangka strategik Maqasid Syariah. Sesi penjelasan berlangsung secara atas talian melalui aplikasi zoom selama 2 jam bermula 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Terdahulu, YBrs. Dr. Hishamuddin Mohd Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM telah mempengerusikan sesi ini, manakala perkongsian maklumat tentang Maqasid Syariah telah yang disampaikan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Bahagian Maqasid Syariah JAKIM. Seramai 50 orang pegawai-pegawai kanan KPWKM termasuk YBrs. Puan Norlida binti Datuk Haji Ahmad Shahibuddin, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KPWKM telah menyertai Sesi Penjelasan Maqasid Syariah ini.

Diharapkan sesi penjelasan yang telah diadakan ini dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada semua peserta dalam melaksanakan fungsi, merangka inisiatif dan program kementerian selaras dengan prinsip Maqasid Syariah.
 
Sesi Penjelasan Maqasid Syariah Bersama KPWKM 1
 
Sesi Penjelasan Maqasid Syariah Bersama KPWKM 2
 
Sesi Penjelasan Maqasid Syariah Bersama KPWKM 3
 
Sesi Penjelasan Maqasid Syariah Bersama KPWKM 4
 
Sesi Penjelasan Maqasid Syariah Bersama KPWKM 5
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 26
  • Yesterday 26
  • This Week 26
  • This Month 326
  • This Year 364