Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Sesi Penjelasan Maqasid Syariah Dalam Pembangunan Diri Dan Organisasi Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)

PUTRAJAYA – 2 Mac 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah mengadakan sesi penjelasan mengenai pelaksanaan Maqasid Syariah dalam konteks pembangunan diri dan tadbir urus organisasi kepada seramai 83 orang pegawai gred 29 dan 41 yang baru dilantik untuk berkhidmat di Kementerian Belia Dan Sukan bagi tahun 2021. Sesi penjelasan ini diadakan sempena Kursus Kepegawaian Kementerian Belia Dan Sukan yang merupakan kursus khas kepada pegawai-pegawai yang baru dilantik untuk berkhidmat di KBS.

Pengarah Bahagian Maqasid Syariah, Ustazah Nor Safina bt. Zainal telah mengendalikan Sesi Penjelasan ini secara atas talian melalui aplikasi zoom yang berlangsung selama 2 jam bermula 11.00 pagi hingga 1.00 petang.

Semoga program ini dapat memberikan impak positif khususnya kepada semua pegawai-pegawai lantikan baru tahun 2021 KBS dalam membina jati diri dan meningkatkan mutu perkhidmatan organisasi berasaskan kerangka strategik Maqasid Syariah.

Sesi Penjelasan Maqasid Syariah KBS 1

Sesi Penjelasan Maqasid Syariah KBS 2

Sesi Penjelasan Maqasid Syariah KBS 3

Sesi Penjelasan Maqasid Syariah KBS 4

Sesi Penjelasan Maqasid Syariah KBS 5

Sesi Penjelasan Maqasid Syariah KBS 6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 26
  • Yesterday 26
  • This Week 26
  • This Month 326
  • This Year 364