Sesi Perjumpaan Pejabat YB Menteri Di JPM Bersama-Sama Pegawai Kader Jakim Di Kementerian
KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA (29 OGOS 2019) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah dan Bahagian Dasar Kemajuan Islam telah mengadakan Sesi Perjumpaan Pejabat YB Menteri Di JPM Bersama-Sama Pegawai Kader Jakim Di Kementerian.
Sesi Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk :
Memberi penerangan secara jelas kepada wakil Kader-kader Gred S44 di 24 Kementerian sekitar Putrajaya tentang konsep rahmatan lil alamin dan inisiatif pelantikan Duta Rahmah;
Membantu kerajaan dalam menjayakan dan menggerakkan Gagasan ini melalui penggunaan khidmat Duta Rahmah yang telah dilantik.
Antara pengisian Sesi Perjumpaan ini ialah Slot 1 : Rahmatan Lil-Alamin menurut Al -Quran dan As-Sunnah dan Slot 2 : Taklimat Kader Jakim : Maqasid Syariah dalam Konteks Malaysia Baharu yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Ali Bin Muda, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Pejabat YB Menteri di JPM.
Ucapan Penutupan Sesi Perjumpaan pula telah disampaikan oleh YBrs. Us. Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Dakwah.
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.