Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Teringat Mangsa Banjir Ketika Di Mekah

17 Julai, Baling, Kedah: YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama turun menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir Baling, Kedah di Yayasan Al-Khairiah, Kupang, Baling, Kedah.

Pada hari ini YB Menteri menyampaikan sumbangan berupa set dapur dan tong gas sebanyak 110 set daripada JAKIM dan wang tunai sebanyak RM20,000 daripada Masjid Putra, JAKIM. Beliau juga pada sebelah pagi turut menyerahkan cek cura kepada YAB Menteri Besar Kedah daripada MAIWP melalui Yayasan Taqwa sebanyak RM1.3 juta. Bantuan ini khusus untuk bantuan bina semula 3 buah rumah sebanyak RM270,000.00, bantuan tunai sebanyak RM672,000.00, bantuan baiki bangunan Yayasan al-Khairiah sebanyak RM300,000.00 dan bantuan kepada masjid serta surau sebanyak RM58,000.00. Jumlah keseluruhan bantuan awal sebelum ini dan hari ini daripada agensi hal ehwal agama berjumlah RM1,443,750.00.

Dalam ucapannya, YB Menteri HEA yang baru sahaja pulang daripada Mekah, menyatakan rasa sedih atas kedukaan mereka yang ditimpa bencana dan musibah ini. Semoga ujian berat ini dilalui dengan penuh keredhaan. Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri HEA, atas inisiatif dan usaha yang pantas dan penuh bermakna ini.

Majlis kali ini turut dihadiri YB Cikgu Abd Nasir b Idris , ADUN Bayu, YBhg Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff Ketua Pengarah, JAKIM, YBhg Dato' Dr Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP.

Pihak yang ingin memberi sumbangan kepada TABUNG MUSAADAH COVID-19 JAKIM-YWM boleh salurkan melalui akaun CIMB Islamik Bank Berhad Yayasan Waqaf Malaysia no akaun : 86-0221818-6.

Teringat Mangsa Banjir Ketika Di Mekah 1

Teringat Mangsa Banjir Ketika Di Mekah 2

Teringat Mangsa Banjir Ketika Di Mekah 3

Teringat Mangsa Banjir Ketika Di Mekah 4

Teringat Mangsa Banjir Ketika Di Mekah 5

Teringat Mangsa Banjir Ketika Di Mekah 6

Teringat Mangsa Banjir Ketika Di Mekah 9

Teringat Mangsa Banjir Ketika Di Mekah 11

Teringat Mangsa Banjir Ketika Di Mekah 12

Teringat Mangsa Banjir Ketika Di Mekah 13
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 44
  • Yesterday 26
  • This Week 44
  • This Month 344
  • This Year 382