Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM Santuni Pemohon Bantuan MyCareCov19

Putrajaya, 27 Ogos 2021, Jumaat 10.00 pagi – Sebaik sahaja tamat perhimpunan bulanan JAKIM YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM telah sempat meluangkan masa berkunjung ke Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor bagi tujuan menyantuni dan menyerahkan bantuan MyCareCov19 Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti JAKIM. Rombongan JAKIM ini telah disambut oleh penerima bantuan iaitu Encik Mohd Nuraferul Nurruddin serta isteri dan anak-anak beliau.

Dalam kunjungan ringkas ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM telah menyerahkan sumbangan dan bantuan JAKIM berbentuk kewangan dari Tabung Musa’adah Covid-19 (TMC-19), barang-barang keperluan asas makanan dan bahan bacaan. Semoga sumbangan dan bantuan ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan kehidupan harian keluarga ini.

Program bantuan menerusi talian MyCareCov19 JAKIM ini merangkumi khidmat nasihat, runding cara kekeluargaan, bimbingan dan kaunseling kerohanian merupakan inisiatif berterusan JAKIM dalam usaha membantu warga yang terkesan akibat pandemik Covid-19 melalui pelbagai medium, kaedah dan cara.

TKPO JAKIM Santuni Pemohon Bantuan MyCareCov19 1

TKPO JAKIM Santuni Pemohon Bantuan MyCareCov19 2

TKPO JAKIM Santuni Pemohon Bantuan MyCareCov19 3
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 31
  • Yesterday 26
  • This Week 31
  • This Month 331
  • This Year 369