Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

TKPD JAKIM Menyantuni Waris Allahyarham Mohamad Zaaki Bin Ali Rasid

25 Ogos 2021, Rabu - YBhg. Puan Hajjah Hakimah binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Dasar mewakili Pengurusan Tertinggi JAKIM meluangkan masa menziarahi serta menyantuni keluarga Allahyarham Mohamad Zaaki bin Ali Rasid, salah seorang anggota Polis Bantuan JAKIM yang telah kembali ke rahmatullah pada 24 Ogos 2021 disebabkan kanser hati. Beliau meninggalkan seorang balu dan 3 orang cahaya mata.

Bagi meringankan bebanan keluarga Allahyarham, Puan Hakimah telah menghulurkan sumbangan musa'adah TMC19 kepada Puan Julia, balu Allahyarham di kediaman mereka di PPAM Ketumbar, Presint 17, Putrajaya.

Di kesempatan kunjungan ini juga, Puan Hakimah telah menyampaikan ucapan takziah mewakili Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga JAKIM kepada keluarga Allahyarham.

TKPD JAKIM Menyantuni Waris Allahyarham Mohamad Zaaki Bin Ali Rasid 1

TKPD JAKIM Menyantuni Waris Allahyarham Mohamad Zaaki Bin Ali Rasid 2
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370