Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

To Be a Da’i

Bangi, 25 Julai 2018 – Usaha untuk berdakwah bukanlah sekadar 'laluan mudah' bahkan penuh dengan kesulitan, kepayahan, pengorbanan dan perjalanan yang jauh. Ia juga bukan jalan pintas dan jalan mudah untuk mendapatkan hasil dalam jangka pendek.

Kluster Sains Dakwah dan Pengurusan Masjid, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah menganjurkan Kursus “To Be a Da’i” kepada 73 orang Pembantu Hal Ehwal Islam lantikan baru oleh FELDA.

Kursus yang dijalankan selama 4 hari ini bermula pada 22 hingga 25 Julai 2018 bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai tanggungjawab sebagai da’i, memberi kefahaman kepada peserta menjadi da’i yang unggul dan memberi keyakinan kepada peserta menjadi seorang da’i alaf 21.

Semoga program ini berupaya melahirkan pendakwah yang matang, berkefahaman tinggi, ikhlas dan takwa kepada ajaran Allah SWT.

tobedaie1

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354