Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Town Hall Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera (KMKS) Peringkat Negeri Kedah

26 Jun 2022 – Alor Setar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah dan Bahagian Dakwah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah telah mengadakan Town Hall Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera (KMKS) Peringkat Negeri Kedah bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar, Alor Setar.

Sesi Town Hall berkaitan dengan Pendekatan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera ini telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Program ini merupakan siri penjelasan Pendekatan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera yang telah dibangunkan dalam Pelan Komunikasi KMKS JAKIM kepada negeri-negeri. Turut hadir dalam program ini adalah YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Dasar, JAKIM. Seramai 500 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada Exco-exco Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri/Persekutuan, Pegawai-pegawai kerajaan, Pensyarah-pensyarah, Guru-guru dan Imam-imam daripada seluruh negeri Kedah. Penglibatan dua hala semasa sesi soal jawab membuktikan para peserta begitu berminat untuk memahami dengan mendalam berkaitan dengan Pendekatan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera.


Town Hall KMKS Peringkat Negeri Kedah 1

Town Hall KMKS Peringkat Negeri Kedah 2

Town Hall KMKS Peringkat Negeri Kedah 3

Town Hall KMKS Peringkat Negeri Kedah 4

Town Hall KMKS Peringkat Negeri Kedah 5

Town Hall KMKS Peringkat Negeri Kedah 6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 44
  • Yesterday 26
  • This Week 44
  • This Month 344
  • This Year 382