Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

UnisZA Cadang Kerjasama Akademik Bersama DQ

18 Januari 2023 – Dari Pantai Timur jauh menuju ke Hulu Selangor, Darul Quran telah menerima kunjungan hormat delegasi dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Delegasi UniSZA ini diwakili oleh Dekan sendiri, Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi dan Ketua Pusat Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah, Prof. Madya Dr. Mohd A’Tarahim bin Mohd Razali. Tujuan kunjungan diadakan bagi membincangkan beberapa cadangan kerjasama berkaitan kolaborasi akademik antara DQ-UniSZA.

Delegasi pelawat telah disantuni Ketua Seksyen Pengajian Am, Haji Othman bin Muda yang mewakili Pengarah. Turut serta pegawai-pegawai Cawangan Kualiti serta Seksyen Komunikasi Korporat Darul Quran.

Selepas hampir dua jam berbincang, pihak Darul Quran mencadangkan agar beberapa permohonan pihak UniSZA ini disusuli dengan surat penyataan hasrat untuk pihak Darul Quran bawa ke Meysuarat Jawatankuasa Pengajian Darul Quran, seterusnya ke Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik dan Mesyuarat Lembaga sekiranya perlu.

UnisZA Cadang Kerjasama Akademik Bersama DQ
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357