Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Wacana Khas Pasca Keputusan Mahkamah Persekutuan: Nik Elin Lawan Kerajaan Kelantan Bersama Ketua-Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Dan Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia

Putrajaya – 4 Mac 2024, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan program Wacana Khas Pasca Keputusan Mahkamah Persekutuan: Nik Elin Lawan Kerajaan Kelantan bersama Ketua-Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia bertempat di  Dewan Syura, Aras 2, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya.

Wacana khas yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM itu merupakan medan perbincangan untuk mendapatkan penjelasan, pandangan dan way foward yang boleh dilaksanakan oleh institusi penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah daripada pihak berautoriti mengenai impak keputusan Mahkamah Persekutuan: Kes Nik Elin terhadap undang-undang kesalahan jenayah syariah Kelantan secara khususnya dan undang-undang kesalahan jenayah syariah negeri-negeri secara umumnya.

Penjelasan dan pandangan telah diberikan oleh YBrs. Tuan Shamsul bin Bolhassan, Timbalan Ketua Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara. Wacana itu juga turut dihadiri oleh Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah, BPPPS JAKIIM dan Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM serta Ketua Unit Guaman Polis Diraja Malaysia, Tuan SAC Abdul Rahman bin Atan.

Untuk rekod, wacana tersebut merupakan salah satu tindakan proaktiif JAKIM bagi membantu institusi penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah negeri-negeri sementara menunggu keputusan kajian Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang ditubuhkan oleh Kerajaan berikutan Kes Nik Elin. 


Wacana Khas Pasca Keputusan Mahkamah Persekutuan Nik Elin Lawan Kerajaan Kelantan Bersama Ketua Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Dan Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 01

Wacana Khas Pasca Keputusan Mahkamah Persekutuan Nik Elin Lawan Kerajaan Kelantan Bersama Ketua Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Dan Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 03

Wacana Khas Pasca Keputusan Mahkamah Persekutuan Nik Elin Lawan Kerajaan Kelantan Bersama Ketua Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Dan Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 04

Wacana Khas Pasca Keputusan Mahkamah Persekutuan Nik Elin Lawan Kerajaan Kelantan Bersama Ketua Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Dan Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 05

Wacana Khas Pasca Keputusan Mahkamah Persekutuan Nik Elin Lawan Kerajaan Kelantan Bersama Ketua Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Dan Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 02
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357