Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Webinar : Gaya Pemakanan Sihat

Bangi, 22 Mac – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi,Cawangan Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Webinar Gaya Pemakanan Sihat yang disampaikan oleh Puan Noor Kamsina binti Aziz, Pegawai Pemakanan Sukan, Institut Sukan Negara. Seramai 40 orang peserta telah menghadiri secara dalam talian.

Program ini menekankan gaya pemakanan yang sihat dalam menjaga khasiat pemakanan kita seharian disamping membantu pada para peserta tentang pengetahuan kandungan makanan bagi menjaga berat badan yang ideal untuk melahirkan masyarakat yang sihat tubuh badan.

Program ini juga adalah kesinambungan daripada Program ILIM Weight Challenge yang dijalankan dengan kerjasama Kelab Kebajikan Warga ILIM serta Surau Salahuddin Al-Ayubi ILIM yang sedang berjalan dengan penglibatan di kalangan Warga ILIM dan akan berakhir pada 30 April 2021.

Semoga aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. “Kesihatan Anugerah Terindah”.
 
Webinar Gaya Pemakanan Sihat 1
 
Webinar Gaya Pemakanan Sihat 2
 
Webinar Gaya Pemakanan Sihat 3
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354