Berita
Ziarah Mahabbah ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Kuala Lumpur, 31 Mei 2018 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan ziarah mahabbah ke Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat, Kuala Lumpur. Program ini adalah sebahagian dari aktiviti Khidmat Masyarakat ILIM kepada masyarakat Islam di Malaysia.
Mengimbas kembali kejadian pada bulan September 2017, pusat tahfiz ini pernah mengalami kejadian kebakaran yang menyayat hati melibatkan kematian 21 pelajar dan dua guru pusat tersebut.
Sesi ziarah ini diketuai oleh Pengarah ILIM, Hajah Zaiton Abd Rahman dengan diiringi oleh Pendaftar ILIM, Mahathir Mustafa bersama lima orang pegawai ILIM turut menyampaikan sumbangan mewakili warga ILIM.
Semoga ianya dapat meringankan bebanan dan membantu memberi sokongan moral kepada pusat tahfiz ini untuk kembali meneruskan perjuangan dalam memartabatkan Al-Quran serta mendidik anak bangsa.


Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370