Berita
Ziarah Musa’adah Fasa PKPB
JENJAROM, SELANGOR (24 MEI 2020) - 24 Mei 2020 - Bahagian Dakwah JAKIM melalui Cawangan Kefahaman Islam sekali lagi mengadakan program berkonsep turun padang iaitu Ziarah Musa’adah. Program ini dilaksanakan bertujuan menyantuni masyarakat bukan Islam di Kampung Baru Sungai Jarum, Jenjarum, Selangor. Program ini adalah sebahagian inisiatif JAKIM yang bertujuan untuk membantu masyarakat bukan Islam yang memerlukan pertolongan terutamanya dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
JAKIM telah menyalurkan sumbangan kepada penduduk kampung yang terdiri daripada masyarakat Cina di Kampung Sungai Jarum. Pembantu Mubaligh, Nurmaisarah Leong selaku wakil JAKIM telah menyantuni dan beramah mesra dengan masyarakat Cina di kampung tersebut.
Keratan akhbar Sin Chew Daily berkaitan penyampaian sumbangan kepada masyarakat Cina Kampung Sungai Jarum.

Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 16
- Yesterday 26
- This Week 16
- This Month 316
- This Year 354