Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Ziarah Rahmah dan Harmoni Bagan Sungai Lima, Pulau Ketam

PULAU KETAM, SELANGOR (10 FEBRUARI 2020) - JAKIM melalui Bahagian Dakwah sekali lagi berjaya menganjurkan program Ziarah Rahmah dan Harmoni ke perkampungan Sungai Lima Pulau Ketam. Program yang bersifatkan “turun padang” ini adalah sebagai salah satu inisiatif yang diambil bagi menyebarkan kefahaman mengenai agama Islam dalam kalangan penduduk Cina di Pulau Ketam. Program tersebut telah mendapat kerjasama daripada pelbagai rakan strategik seperti PAID, JAIS, MAIS dan Persatuan Cina Muslim Malaysia Cawangan Selangor.

 

Objektif kepada penganjuran program Ziarah Rahmah dan Harmoni ini adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej Islam sebagai agama rahmah untuk semua.  Hal ini selari dengan dasar yang diketengahkan iaitu membumi agenda Rahmah. Program pemerkasaan dakwah sebegini perlu sentiasa dilaksanakan bagi memastikan masyarakat Islam khususnya yang terdiri dalam kalangan Saudara Muslim mengamalkan cara hidup Islam sepanjang masa dalam kehidupan mereka. Melalui program sebegini juga, pemahaman berkaitan Islam dapat diperluas dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

 

Di samping itu, program ini turut diadakan adalah untuk memperbetulkan salah faham yang berlaku mengenai Islam terutamanya dalam kalangan masyarakat Cina. Pemahaman masyarakat Cina bahawa agama Islam hanya untuk orang Melayu sahaja dapat dikurangkan sedikit demi sedikit dan melalui konsep turun padang ini ajaran berkaitan agama Islam seperti hormat menghormati, kasih mengasihani, prihatin, dan bertoleransi antara pelbagai agama dan bangsa dapat ditonjolkan secara tidak langsung.

 

Selain itu, program yang dihiasi dengan aktiviti ramah mesra bersama penduduk Cina melalui ziarah rumah ke rumah mendapat sambutan yang memberansangkan daripada penduduk Cina di Sungai Lima. Serentak dengan aktiviti itu juga, penyampaian sumbangan berbentuk keperluan dapur juga turut diagihkan kepada masyarakat Cina yang memerlukan. Semoga dengan penganjuran program seperti ini akan memberikan manfaat yang berguna kepada segenap lapisan masyarakat yang berada di Sungai Lima Pulau Ketam, agensi agama dan rakan NGO (badan bukan kerajaan) yang turut serta menjayakan program tersebut.   

 

 

 

 

 

 

 

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370