Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kenyataan Media Berkenaan Calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 Yang Terjejas Dengan Pindaan Tarikh Baharu

 LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA


BERKENAAN

CALON UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022
YANG TERJEJAS DENGAN PINDAAN TARIKH BAHARU

Bil.28/2022

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerima maklum balas daripada ibu bapa/penjaga berkenaan calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 yang terjejas dan tidak memungkinkan calon menduduki peperiksaan pada 28 November hingga 1 Disember 2022.

  2. Justeru, JAKIM bersetuju menguar-uarkan kepada Ibu bapa/Penjaga untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang berkaitan kepada Agensi Pelaksana (Pihak Berkuasa Agama di negeri atau pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan bagi pelaksanaan KAFA di negeri berkenaan) yang menguruskan peperiksaan UPKK sebelum 15 November 2022.

  3. Keputusan rayuan akan dimaklumkan oleh Agensi Pelaksana kepada calon-calon yang berkenaan sahaja.

  4. JAKIM sentiasa prihatin dengan keputusan yang telah ditetapkan serta menghargai komitmen semua pihak terhadap keadilan kepada semua calon UPKK Tahun 2022.


Sekian, terima kasih.

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
9 November 2022
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 16
  • Yesterday 26
  • This Week 16
  • This Month 316
  • This Year 354